nadira;


Home About Linkies Biases FOLLOW
Disclaimer

She loves blogging, to share everything happen in her life. She is a Muslim.
Hi, Assalamualaikum. I'm 99', was a PT3 victim.
Sorry that I'm using 'aku' for those people eldest than me.


Hate me? Sure and get lost. ctrl+w
Created on 5 July 2011.
Contact


 
Tagboard



Past



Credits

Tell me if I don't credit you.

Basecode by AtinTory .
Thanks to: 1 2 3 4 5 6 7 8.


Muadzam Shah > Sg. Bantang Bekok > Segamat

天后☆彡 | via Tumblr

Assalamualaikum. 

Hai. Heeeeeee. 

Cerita ni dah hampir basi. Tapi tak basi pun lagi tau. Sebab baru je dua minggu lepas yg lalu. 

Memang dah lama rancang nak pergi rumah pak teh dkt Muadzam, sebab rumah baru dia baru pindah, then terus nk gi rumah abg long (cousin) dkt Segamat pulak. Sambil2 tu, nak pergi mandi air terjun lah kononnya kan. Heh. 

Hari jumaat tu, masing-masing bertolak pergi Muadzam Shah. Family Mak Nana and family Abg Ngah (cousin) dari KL dah bertolak awal daa. Pagi diaorang dah bertolak. Family mak long pulak bertolak hari khamis dah pun. Sebab dia terus pergi segamat (abg long tu anak dia) lepas tu jumaat tu dtg umah pak teh pulak sebab tak lah jauh mana tp nak ikutkan plan kiteorg berkumpul dekat rumah pak teh dulu kannn. 

Family aku pulak bertolak hari jumaat jugak tapi lepas jumaat tu baru bertolak. Semua ikut kecuali angah. Along pun beria nak amek cuti. Dan abgde tu pun nasib baik cuti jugak. Aku dgn adik aku pun cuti jugak sbb Pahang kan cuti time hari jumaat tu. Birthday sultan pahang kalo tak silap.

Sampai je rumah pak teh, tengok2 tak ramai mana pun dkt rumah tu. Igt ramai sgt. Tiba2 mak uda tak jadi pergi sbb tak sihat Mak Ndak pun sama tk jd prgi sbb anak2 dia sekolah. Tgk ade mak nana, mak long, abg ngah jee. Aku.. kecewa la jugak tp tkpee laa. Ok ape kann. *pujuk diri sndiri* -,- Smpai je tibe2 abg ngah kate nak tidur kat segamat sbb dia ada baby, n baby nak tidur dlm buai. Segamat, rumah abg long ada buai sbb abg long pun ada baby jugak. Nasib baik tau segamat-muadzam tu tak jauh sgt. 

Maka tinggallah family aku, mak nana, mak long, pak teh. 

 Memandangkan jumaat tu, Maal hijrah, mmg kiteorg plan nak baca yaasin sama2 n solat berjemaah maghrib-isyak n baca doa awal dan akhir tahun. 


Gilaaaaaaa bapak syok sebab pak long ada memang dialah yang jd pengulas. Sumpah lawak. Aku gelak jee. Malam tu pulak memang pahang balun habis kedah. Lima kosong wehh.

Aku sedih la jugak tengok muka Baddrol sebab aku rasa dia je boleh harap dlm team tu. Sebab aku mmg dah lama suka dia sebab Malaysia lwn Indonesia 2011 hari tuu. Masa penalti tuuuu hahahahahahaha -_-
 *gmbr dr sepupu*






Esok tu pulak, bangun, solat subuh lepas tu sarapan. Ma, Abah, Pak Teh, Mak Teh, Pak Long n Mak Long lepas sarapan terus gi pasar kat muadzam tu. Berjalan katanyaa.

Budak2 ni memang pagi pagi dah main laa.

Lepastu kiteorg terus bersiap gi ke Sungai Bantang Bekok terus. Abg long tu pegawai hutan, so Sg. Bantang Bekok tu memang tempat dia, katanya. So.. memang parking vip la kiteorg letak kereta hahahaha.


Ni semua penat main air ni. Yg baju purple tu pun tak sedar diri dah tua. Ehhh mak nana suruh jaga adik2 yee dkt sungai tuu ;p penat jugak



Aku tk tau kenapa muka Wawa macam tu?

Dalam kol 3 petang macam tu kiteorg dah bertolak ke segamat, rumah along. Rumah along pun boleh tahan besar jugaaaa. Dekat dengan bandar. Malam tu memang nak gi pasar malam laa sebab hari sabtu pasar malam dia bukak. Malam tu pulak Felda United lwn JDT tp mmg hambar gila malam tu sebab suasana lain gila macam Pahang lwn Kedah smlm tuu. Sebab aku tengok pak long tiba2 tidur depan tv tu? Abg ngah pun mcm terbaring mcm tk bermaya je? Aku pun tgk mcm tk best je? Maybe sebab takde sape nak sokong kot? Heh.

Sebelum tu, kiteorg keluar jalan kaki je laa nak gi pasar malam. Konon-kononnya nak berjalan pasar malam segamat. Semangat aku pi tukar baju. Mak nana dgn ma pun dok iron tudung. Memang semangatlah nak keluar kan. Kak Ecah pun semangat jugak sebab nak beli kasut dkt pasar malam segamat. 


Tengok-tengok pasar malam dah tutup?! 

Sedih weh sedih. Masing2 kecewa je balik. Hehh. Masing2 buat spekulasi sebab malam tu jdt lawan felda maybe? Ahh pape je laaa -..-

Pagi esok tu, lepas sarapan, terus mak teh pak teh balik rumah dia ke segamat. Lepastu family aku pulak. Sebab nak hantar abg de balik KUIS. Masing2 la wasap gmbr nak balik nyee. 



 Abg ngah wasap gmbr Nurin. Aku tak boleh blah betol tgk gmbr dia ni. Geram nak telan pipi tu haaaa. Awat comel sangat?!


Tapi kan.. aku ni mak sedare sepupu dia.. tapi smpai skrg aku tk tau nak bahasakan diri aku apa?

Mak Teh Qilah? Nape habat je bunyi tu?









Dan masing-masing lah selamat smpai ke destinasi masing-masing. Tapi family gathering kali ni hambar sikit la sebab family pak lang, pak ngah, pak ndak, mak uda, n mak cik takde. Ramai lg kan? Ending entry aku ni pun macam hambar jugak kan? -..-''

Katanya next gathering dkt kalompang pulak. Heeeeee macam best je. Sebab aku dah tengok gmbr yg mak nana wasap. Bapak ah. Mengancam je sungai dia wehh.

Sungai Bantang Bekok tu tak mengancam sgt. Sebab aku dok berendam smpai paras pinggang jee. Selalunya memang basah tudung aku. Mampos aku kalo abg long tau aku dok komplen ni hahahaha ;p

Ok bye.

Labels: , , , ,



Newer Post
Older Post