nadira;


Home About Linkies Biases FOLLOW
Disclaimer

She loves blogging, to share everything happen in her life. She is a Muslim.
Hi, Assalamualaikum. I'm 99', was a PT3 victim.
Sorry that I'm using 'aku' for those people eldest than me.


Hate me? Sure and get lost. ctrl+w
Created on 5 July 2011.
Contact


 
Tagboard



Past



Credits

Tell me if I don't credit you.

Basecode by AtinTory .
Thanks to: 1 2 3 4 5 6 7 8.


Sahabat Sejati.

Tumblr_mado4adapz1qijksmo1_500_large

Assalamualaikum. 
Hai, saja nak buat entry tentang sahabat sejati. Sekarang, buat entry nie ber-background-kan lagu Sahabat dari Najwa Latif *tolong on-kan lagu Sahabat please.

Sahabat Sejati ? Siapa je yang tak nak sahabat, rakan seperjuangan, kawan yang rapat dan sejati ? Saya pun nak kalau awak semua nak. Tapi, sekarang nie dah susah nak cari kawan sejati. Sekarang, kawan main tikam belakang depan tepi tengah, semua ada.

Disini, saya mahu kongsi 12 Sifat Sahabat ;-

1. Jika engkau berbuat bakti dengannya, ia akan melindungimu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupakan wang dan sebagainya ia akan membantumu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
5. Jika ia mendapat suatu kebajikan daripadamu, ia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu.
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri, ia akan menanyakan kesusahanmu.
9. Jika datang sesuatu bencana pada dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu.
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
Orang kata, kawan biar seribu, kekasih biar satu.

Sekarang susah nak mencari seribu kawan. Seorang kawan pun susah untuk dipercayai. Kawan kerana harta ? Kawan kerana untuk tumpang 'hot' ? Tidak ikhlas ?

Rasulullah SAW bersabda: “Tidak beriman seseorang kamu, hinggalah dia mencintai saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” Hadith Muttafaq ‘Alaih.
Dan ingatlah firman Allah SWT ;


“Pada hari itu(akhirat) sahabat-sahabat karib, setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).” Surah Az-Zukhruf ayat 67.
*Google Images*
Ya Allah, kekalkanlah persahabatan kami dunia dan akhirat. Ameen!

Dan mustahil kita akan membina persahabatan kita, dengan matlamat untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Dan bila kita tidak mahu mendapatkan keredhaan Allah SWT, mustahil kita mahu menjadi sahabat yang sejati kepada sahabat kita.

Dan seperkara lagi yang ramai terlepas, adalah kelemahan-kelemahan yang akan muncul kala bersahabat dengan seseorang.

Semestinya, bila bersahabat dengan manusia, maka akan muncul lah kelemahan demi kelemahannya sebagai seorang manusia. Tahap keimanan manusia adalah turun dan naik. Maka begitu jugalah sahabat kita. Turun dan naik.

Ada masanya dia manis dengan kita. Dan semestinya ada masa dia akan pahit dengan kita. Ada masanya dia baik dengan kita, ada masanya dia mungkin akan kurang melayani kita. Begitulah pasang surutnya.

Kerana itu, mengharap kepada sahabat hakikatnya bukanlah satu perkara yang baik untuk diamalkan. Tetapi kitalah yang perlu menjadi harapan sahabat kita. Melengkapinya. Memenuhinya. Menjadi yang terbaik buatnya.

Sekiranya kita tidak mempersiapkan diri untuk menerima kelemahan sahabat kita, untuk membantu melengkapkan kekurangannya, sampai bila pun kita tidak akan mampu menjumpai ukhuwwah yang manis, yang mampu membawa kita ke syurgaNya.

Jadi, kita perlu sentiasa bermuhasabah.

Makna ukhuwwah ini bukan semudah mengucap uhibbukafillah.

Tetapi ia hakikatnya adalah praktis hidup yang hendak mencari redha Allah SWT.


Italic and fuchsia color font copied from: http://langitilahi.com/

Alhamdulillah. Lama dah tak buat labels Sharing-kering. xD

Labels:



Newer Post
Older Post