nadira;


Home About Linkies Biases FOLLOW
Disclaimer

She loves blogging, to share everything happen in her life. She is a Muslim.
Hi, Assalamualaikum. I'm 99', was a PT3 victim.
Sorry that I'm using 'aku' for those people eldest than me.


Hate me? Sure and get lost. ctrl+w
Created on 5 July 2011.
Contact


 
Tagboard



Past



Credits

Tell me if I don't credit you.

Basecode by AtinTory .
Thanks to: 1 2 3 4 5 6 7 8.


Kami pergi Kenduri, Rumah Mak Ndak dan I-city!

Tumblr_maap8ekljt1rg0wg4o1_500_large

Assalamualaikum. Hai, lama kan saya tak update ? Yeah. Tiga minggu tak balik rumah. Dua minggu lepas ada balik tapi lepas abah jmput, terus on the way ke KL. Nak gi kenduri abg long pada hari esoknya.

Kiteorg menginap di rumah Mak Uda di Rawang. Bertolak dlm pukul 5 lebih dan sampai dalam kol 9 malam. Macam tu laa ~ 

Sampai-sampai je, mak uda ajak makan dan lepas tu borak-borak kejap dan tidur! Esoknya dlm kol 9 lebih tu terus bertolak ke Bukit apa tah nama dye, rumah pengantin perempuan; isteri kpd Abg Long. Hehe..

Tapi tak sempat nak tgk akad nikah sebabnya kiteorg lambat. Dengan jalan jem lagi. Sesat lagi, ikut GPS memang sesat lah kan. GPS nie menipu je. Oh, sebelum tu kiteorg jmput Mak Cik dekat rumah dye dulu. Ha, family aku naik kereta mak uda je. Sebab abah malas nak guna kereta sndiri sebabnya nanti mesti tertinggal. Yelah, mana tahu sgt jlan kl nie kan.. 

Lagipun, kereta mak uda kan besar. Anak dye pun sorang je. Kiteorg pun berlima je. Tumpang je lah. 

Sampai2 je rumah pengantin makan mihon dan minum air teh, lepas tu gi ikut ma pergi cucuk lidi bunga telur tu. Tak best sgt kenduri nie, sebabnya tak ramai pulak ikut rombongan masa org kompang2 tu. Apa tah org panggil tu kan. *buat2 faham je lah.

Aku tak sempat pun nak snap gmbr abg long. Snap gmbr dari belakang je. Haha! Betul2, nampak badan belakang dye je. Spesis aku kan pemalu nak tgkp gi ke depan. 

Lepas habis makan nasi kiteorg siap2 gi masjid utk solat jamak zohor-asar. Lepas tu, gi rumah Mak Ndak. Mak Ndak masak mee goreng. Sedap! Bape bungkus tah mak ndak masak sebab banyak gile time tu! Aku tak larat dah nak makan sebab baru balik kenduri kannn. Hah, lupe nak ckp. Family mak long dgn tok dan fmily aku family mak uda andd family abg ngah, ank kpd mak long!

Abah ckp nak balik malam tu jugak. Malam lepas kenduri tu jugak. Aku cakap lah kat ma yg aku nak jalan2 kan. Lepas tu mak ckp, pergi lah pujuk abah. Aku kan segan silu dgn abah so aku tak pujuk. Mak uda ckp, balik lah pagi esok. Igt mlm nie nak bawak budak2 nie gi i-City. Aku pulak apa lagi kannnnnn mesti lah nak.

Abah pulak dok pikir-pikir last-last abah ckp yelah. Balik esok. Aku rasa, aku lah paling bahagia time tu. Haha! Bukan senang aku mintak dekat warden nak balik dengan alasan sepupu aku nak kahwin. Eh, betul lah kan! 

Best pergi i-city. Bagi org memang lah ckp, "Alah, biasa je. I-City je pun." Bagi aku yang memang muka spesis jakun memang luar biasa lah kan. 

Lepas balik dari rumah mak Ndak, pak uda jumpa kawan dye. So, kiteorg pun singgah rumah kawan dye, beraya kejap. Lepas tu, balik rumah pak uda then solat-solat mandi tukar baju sume dan terus bersiap nak gi i-City. Time tu, aku rasa aku lah paling semangat nak pergi. Siap 30 minit awal daripada org lain. Jenuh menunggunya. *Okay, tipu :p

Kiteorg bertolak dlm kol 10 mlm lebih then smpai dlm kol 11. Mula-mula jalan2 dulu, carik parking. Ramai gile time tu. Lepas tu terus gi Snow Walk dimana tempat yang memang aku nak sangat masuk! Semuaa tu pak uda yang tanggung, belanja. 

Aku ingat lagi. Dye ckp dkt org tu, nak beli tiket, "Empat orang dewasa, empat orang kanak-kanak."Padahalnya, Along dah 21 tahun dah. Aku form 1. Disebabkan aku nie ketinggian lebih kurang dgn Along, so kiteorg digelar kanak-kanak. Ketinggian kiteorg 129 cm je. Okay tipu, sebenarnya 127cm. *peace

Masuk tu terus bergambar. Dipendekkan cerita,

Kiteorg bertolak balik kol 2 dan singgah makan dekat mamak kejap. Abah nak bayar sebenarnya tapi pak uda nak bayar jugak. Abah rasa serba-salah sebabnya dekat i-city dye tanggung, minyak kereta pun dye tanggung!

Kiteorg smpai kol 3 setengah pagi. Dan bertolak balik ke Jengka 18 pukul 12 tengah hari. Sampai dalam pukul 4.30 ptg. Abah tidur kejap dan hantar aku ke asrama pukul 5 setengah petang. Hiwhiw..

Nurin Hannah, anak sedara aku. Anak kpd Abg Ngah dan Kak Ngah Eha.

Mak Long dan cucunya. 

Tok Kiah a.k.a. Nenek aku xD

 Ada naik bnde bulat tu tapi gmbr dlm hp satu lagi. 


Tolong terbalikkan laptop anda buat beberapa saat xD


Muka tahan sejuk.

Muka tahan sejuk. Still control ayu :p Hidung merah sikit.

Pak Uda dan Abah

Abah..

Cantik kann ?

Pagi esok tu abah MMS gambar Balqis dgn Piqah main ais dekat Abande. Sian abande. Haha.. Dye kan SPM Candidate sabtu ahad tu pulak dye ade class. So tak dpt pergi. 

Okeh. Assalamualaikum :D

Labels: ,



Newer Post
Older Post